skip to Main Content

Kunjungan Tuan Haji Azam

Kunjungan Tuan Haji Azam

8 RAMADHAN | Hari ini MAMPIR menerima kunjungan Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, seorang tokoh dan aktivis yang tak asing lagi baik di dalam mahupun luar negara. Beliau antaranya merupakan mantan Presiden ABIM dan Timbalan Setiausaha Agung The Union of NGOs of The Islamic World (UNIW).

Selepas mendengar penerangan mengenai MAMPIR, aspirasi dan aktiviti yang telah dijalankan, Tuan Hj Ahmad Azam turut berkongsi pandangan dan pengalaman luas beliau dalam misi ‘khayra ummah’, pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama dan pemimpin baik di dalam dan luar negara.

Beliau mengimbau kepentingan gandingan ulama umara’ dalam membina peradaban umat, menyorot sejarah keagungan Khilafah Uthmaniah, lahirnya tokoh-tokoh hebat seperti Sultan Muhammad Al Fateh hasil bimbingan Gurunya Syeikh Aq Syamsuddin. Di alam Melayu sendiri seperti Kesultanan Acheh, Melaka dan peranan Wali Songo serta para ulama terdahulu sebagai penasihat dan Guru bagi para Raja.

Selain faktor-faktor kebangkitan kerajaan Islam terdahulu, turut disorot akan punca-punca keruntuhannya yang memerlukan kita semua melakukan usaha bersepadu bagi mengelakkan tragedi umat berulang. Aspek melahirkan generasi “ummatik” amat ditekankan beliau selari dengan agenda “khayra ummah”, selain mengingatkan bahawa pada 2024 nanti maka genaplah 100 tahun kejatuhan Khilafah Uthmaniah.

Banyak yang dibincangkan termasuk agenda mengukuh jaringan dan merangka beberapa program dengan pihak beliau.
Terima kasih dan ucapan penghargaan buat Tuan Hj Ahmad Azam yang sudi hadir ke pejabat MAMPIR Cyberjaya sekaligus menjadi detik penting dan bersejarah buat warga MAMPIR sendiri.



Ikuti kami di pautan berikut
Back To Top