skip to Main Content

Apakah Institusi Raja-raja Hanya Simbol Sahaja?

Apakah Institusi Raja-raja Hanya Simbol Sahaja?

“Sebagai sebuah negara baru, pelbagai institusi negara sebenarnya masih melalui proses transformasi untuk mencari keseimbangan. Tempoh masa enam puluh tahun memenuhi peranan raja berperlembagaan, memberikan kematangan pengalaman kepada Raja-Raja mencapai satu tahap kefahaman akan peranan takhta terhadap negara dan warga. Raja tidak sekadar pelengkap memenuhi adat, negara beraja – rakyat bersultan.

Raja bukan sekadar simbol untuk melaksanakan tugas-tugas keraian semata-mata. Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku – tanpa nyawa – tanpa jiwa. Raja-Raja tidak daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan.

Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan dan pendengaran Raja-Raja. Pandangan berterus terang Raja-Raja dalam perkara-perkara berkaitan agama Islam, Bahasa Kebangsaan, perpaduan warga, kebebasan kehakiman, rasuah, salah guna kuasa, dan pelbagai lagi, tercetus daripada hasrat untuk memastikan negara terus stabil dan aman, warga terus sejahtera dan makmur. ”

Petikan dari TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH sempena ‘KONVENSYEN MEMPERKUKUH PASAK NEGARA:KE ARAH WASIAT LEBIH TERSURAT’ pada 5 OGOS 2017 di HOTEL MARRIOTT, PUTRAJAYA.

Ikuti kami di pautan berikut
Back To Top