skip to Main Content

Ziarah Mahabbah dan Bicara Santai bersama Tuan Guru Ahmad Rozaini Abdul Rahman An-Nuuri

Ziarah Mahabbah Dan Bicara Santai Bersama Tuan Guru Ahmad Rozaini Abdul Rahman An-Nuuri

Alhamdulillah syukur pada petang semalam bertempat di pejabat MAMPIR, kami telah menerima tetamu daripada Tuan Guru Ahmad Rozaini Abdul Rahman An-Nuuri (Mudir Pondok Kg Banggol Bt Lenggong, Perak) dan rombongan atas tujuan Ziarah Mahabbah dan Silaturrahim bersama MAMPIR.

Beliau merupakan salah seorang tokoh Agamawan yang banyak menyampaikan dakwah kepada masyarakat dan menjadi tempat rujukan di negeri Perak khususnya.

Beberapa perkara yang dibincangkan serta buah fikiran yang dikongsi bersama Tuan Guru. Mengambil kesempatan ziarah Tuan Guru pada kali ini sempat kami membuat rakaman Bual Bicara yang akan dikongsikan nanti.

Sempat beliau menulis di ruangan buku tetamu iaitu suatu doa yang menyentuh hati:
“Wahai Allah, kami berharap agar dapat mengambil manfaat dari kumpulan ini untuk tegakkan Islam di negara kami Malaysia, Amin Ya Rabbal Alamin” – Ahmad Rozaini Bin Abdul Rahman.

Sekian.
“Ulama, Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”

 

Ikuti kami di pautan berikut
Back To Top