skip to Main Content

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Islam ialah agama yang menyemai kasih sayang kepada makhluk Allah SWT. Sifat ini perlu dipupuk dalam setiap jiwa anak watan agar keharmonian dan perpaduan antara semua rakyat di negara kita akan dapat dipelihara.

Penghijrahan negara ke tahap yang lebih tinggi akan boleh dicapai melalui pembentukan semangat toleransi dan kerjasama rakyat berbilang kaum yang menjadi asas kukuh kepada perpaduan negara.
Namun demikian, konsep ini tidak boleh diterjemahkan secara umum sehingga melanggar perintah agama. Perkara dan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran yang dituntut Islam jika ditoleransi, akan meruntuhkan benteng agama.

Justeru, dalam kita berusaha melakukan hijrah kepada hidup bermasyarakat yang lebih toleransi serta disemai dengan bunga kasih sayang, janganlah pula kita mengabaikan tuntutan agama dan hukum Allah SWT.

Petikan dari Titah Diraja Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sempena Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada 1 September 2019 [Ahad] @ 1 Muharram 1441 Hijrah di Putrajaya International Conventional Centre (PICC).

𝐌𝐀𝐌𝐏𝐈𝐑

#𝗠𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿𝟭𝟱𝟭𝟭
#𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮𝗥𝗮𝗷𝗮𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁𝗯𝗲𝗿𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮
#𝗞𝗲𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗮𝗻𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗥𝗮𝗷𝗮𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮

Ikuti kami di pautan berikut
Back To Top